Tiket Bas Transnasional KL Ke JB Online

Last Updated on December 30, 2016 by azman

Tempah tiket bas Transnasional online dari Kuala Lumpur, KL ke JB, Johor Bahru atau dari JB ke KL di CatchThatBus.com (Book Transnasional bus ticket online from KL to JB or from JB to KL at CatchThatBus.com).

Jadual Perjalanan Bas Transnasional

KL Ke JB :

Masa Bertolak: 7:30AM, 9:30AM, 11.00AM, 2:00PM, 3:00PM, 4:00PM, 6:00PM, 8:30PM, 11:00PM
Laluan: TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Terminal Larkin JB
Tambang / Harga Tiket: RM34.30 (Dewasa), RM25.80 (Kanak-Kanak)

JB Ke KL:

Masa Bertolak: 7:30AM, 8:30AM, 10:00AM, 2:00PM, 2:00PM, 5:00PM, 7:00PM, 9:30PM, 11:59PM
Laluan: Terminal Larkin JB Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
Tambang / Harga Tiket: RM34.30 (Dewasa), RM25.80 (Kanak-Kanak)

Penempahan Tiket Melalui CatchThatBus.com

Dengan menggunakan portal penempahan CatchThatBus.com anda bukan sahaja boleh menempah tiket bas Transnasional tetapi juga dari lain-lain syarikat bas yang yang melalui laluan perjalanan yang sama.

Kelebihannya, anda boleh membandingkan harga tiket dan masa perjalanan secara serentak dari pelbagai operator-operator bas ekspres.

Kaedah Pembayaran di CatchThatBus.com

CatchThatBus.com menawarkan kaedah pembayaran secara online dengan mudah. Anda boleh menggunakan kredit kad / debit kad, perbankan online (contohnya Maybank2u, CIMB clicks, Ambank, Hong Leong, Bank Rakyat dan lain-lain bank) dan PayPal.

Cara Menempah Tiket Bas Online Di CatchThatBus.com

Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Dibawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman CatchThatBus.com

Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas

1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.

bus-ticket-online-select-route

1.2 Klik pada ikon search ikon-cari-catchthatbus

Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas

2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.

transnasional-bus-ticket-online-choose-destination

2.2 Klik “Select” pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.

2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Next”

transnasional-bus-ticket-online-choose-seats-default

Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran

3.1 Isikan maklumat lengkap penumpang.

transnasional-bus-ticket-online-customer-details-default

3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul dan klik “Pay Now”

3.3 Pilih Cara Bayaran

– Pilih “Credit/Debit Card“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards

– Pilih “Online Banking” untuk pembayaran menggunakan perbankan online

– Pilih “Paypal Payment” untuk pembayaran menggunakan PayPal

bus-ticket-online-payment-details

 

3.4 Klik “Pay Now”

3.6 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email pengesahan dan maklumat tiket yang mengandungi “boarding code” akan dihantar kepada anda.

3.8 Cetakkan email yang mengandungi maklumat perjalanan dan “boarding code” yang anda terima di email anda itu. Cetakkan email ini, diperlukan untuk menukarkan kepada tiket dikaunter operator bas.

Menukar Ke “Boarding Pass” di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Jika anda menaiki bas di TBS anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Caranya seperti berikut.

Setelah anda berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas pilihan anda, maka satu email pengesahan detail tiket akan di hantar kepada anda. Contohnya adalah seperti dibawah dari pihak CatchThatBus.com.

Contoh e-mail:

contoh-e-ticket

Cetakkan email ini. Dan semasa di TBS serahkan cetakan email ini ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yang terletak di tingkat 3 (tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas). Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Boarding Pass:

Berikut adalah contoh boarding pass yang akan anda terima setelah membuat pertukaran di kaunter E, F, G atau H.

contoh-boarding-pass-tbs

Semua maklumat akan tertera di boarding pass ini termasuk pintu berlepas. Contoh di atas ialah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk kemasukkan ke platform bas.

Tempahan Tiket Bas Online Di Malaysia

  1. CatchThatBus.com