Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Dibawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman BusOnlineTicket.com

Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas

1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.

1.2 Klik pada “Carian”  – Untuk Cari Perjalanan Anda

beli tiket bas online carian

Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas

2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.

cara beli tiket bas online pilih seat

2.2 Klik “Pilih” untuk memilih Kerusi pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.

2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Teruskan”

cara beli tiket bas online pilihan kerusi dan bayar

Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran

3.1 Isikan maklumat pemungut tiket.

cara beli tiket bas online cara membayar

3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul.

3.3 Pilih Cara Bayaran

– Pilih “Pilihan 1“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards dan pembayaran bank secara online internet banking.

– Pilih “Pilihan 2” untuk pembayaran secara PayPal

– Pilih “Pilihan 3” untuk pembayaran secara GrabPay e-wallet

-Pilih “Pilihan 4” untuk pembayaran secara Alipay

cara beli tiket bas online pilihan cara pembayaran

3.4 Pastikan and “tick” setuju pada polisi BusOnlineTicket.com

3.5 Klik “Bayar Sekarang/Proceed to Payment”

Langkah 4 – Membuat Pembayaran

4.1 Akan muncul laman pembayaran. Isikan maklumat seperti yang diminta.

4.2 Akan muncul laman pengesahan/kebenaran oleh Bank anda. Isikan maklumat seperti yang diminta.

4.3 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email “Order Summary” akan dihantar kepada anda melalui email.

4.4 Selesai urusan pembelian tiket bas secara online. Sila baca maklumat didalam “Order Summary” untuk maklumat lanjut dan langkah yang sepatutnya anda ambil sebelum menaiki bas pada hari bertolak.

Nota: Jika anda rasa memerlukan maklumat lanjut anda boleh menelefon atau email portal penempahan tiket anda. Dan contoh di atas menggunakan laman BusOnlineTicket.com untuk menempah tiket bas secara online.

Portal Penempahan Tiket Bas Online Di Malaysia

  1. BusOnlineTicket.com
  2. Easybook.com

 

Easybook 8 percent discount

Baru di Easybook.com? Nikmati promosi diskaun 8% untuk setiap pengguna baru ketika mendaftar dan membeli tiket bas, keretapi dan feri secara online di portal ini. Klik disini.

Gunakan Diskaun Kod: WELCOME2EB