Cepat Ekspress Tiket Online

Tiket bas online Cepat & Cekap Ekspress boleh dibeli di portal www.easybook.com

Cepat & Cekap Ekspress telah menambah kepada 1300 perlepasan bas setiap hari kepada pengguna-pengguna di Malaysia.

Perkhidmatan bas Cepat & Cekap Express meliputi kesemua bandar utama di Semenanjung Malaysia seperti Johor, Kedah, Kelantan, KL, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor & Terengganu.

Penempahan Tiket Melalui Easybook.com

Dengan menggunakan portal penempahan Easybook.com anda bukan sahaja boleh menempah tiket bas Cepat Express  tetapi juga dari lain-lain syarikat bas yang yang melalui laluan perjalanan yang sama.

Kelebihannya, anda boleh membandingkan harga tiket dan masa perjalanan secara serentak dari pelbagai operator-operator bas ekspres.

Kaedah Pembayaran di Easybook.com

Easybook.com menawarkan kaedah pembayaran secara online dengan mudah. Anda boleh menggunakan kredit kad / debit kad, perbankan online (contohnya Maybank2u, CIMB clicks, Ambank, Hong Leong, Bank Rakyat dan lain-lain bank) dan PayPal.

Cara Menempah Tiket Bas Online Di Easybook.com

Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Dibawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman easybook.com

Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas

1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.

1.2 Klik pada “Search For Bus”

Cepat Express Choose Destination

Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas

2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.

Cepat Express Choose Routes

2.2 Klik “Select Seats” pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.

2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Continue”

ticket-bus-online-select-seats

Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran

3.1 Isikan maklumat pemungut tiket / penumpang.

ticket-bus-online-info-details

3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul.

3.3 Pilih Cara Bayaran

– Pilih “Option 1“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards

– Pilih “Option 2” untuk pembayaran menggunakan Paypal.

– Pilih “Option 3” untuk pembayaran secara internet banking.Jika anda memilih Pilihan 3, anda seterusnya boleh membuat pilihan-pilihan bayaran seperti dibawah. Pilihan 3 ini dikenakan bayaran 1% daripada jumlah yang tertera.

ticket-bus-online-make-payments

3.4 Pastikan and “tick” setuju pada polisi Easybook.

3.5 Klik “Pay Now”

3.6 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email “Order Summary” akan dihantar kepada anda.

3.7 Selesai urusan pembelian tiket bas secara online. Sila baca maklumat didalam “Order Summary” untuk maklumat lanjut dan langkah yang sepatutnya anda ambil sebelum menaiki bas pada hari bertolak.

3.8 Cetakkan “Order Summary” yang anda terima di email anda. “Order Summary” ini diperlukan untuk menukarkan kepada tiket dikaunter operator bas.

Tempahan Tiket Bas Online Di Malaysia

  1. Easybook.com