Jadual Perjalanan ETS Terbaru 2019

Dapatkan jadual perjalanan ETS terbaru disini yang dikeluarkan oleh KTMB pada tahun ini 2019.

Beli Tiket ETS Online

Anda boleh menempah tiket ETS online dengan mudah menggunakan portal penempahan tiket online ini ktmb.com.my . Portal ini merupakan ejen sah KTMB yang menjual tiket-tiket KTMB dan ETS secara online di Malaysia.

Alternative Pengangkutan – Bas Express

Untuk perjalanan alternatif menggunakan bas express sila layari Easybook.com untuk penempahan tiket bas secara online. Tiket bas online untuk destinasi ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapore.

Laluan Jadual Perjalanan ETS Terbaru 2019

Dapatkan laluan perjalanan ETS anda dengan memuat turun jadual lengkap menggunakan pautan dibawah. Jadual ini disediakan oleh KTMB dalam format PDF.

Jadual-jadual ini melibatkan jadual perjalanan keretapi tanah melayu ke Utara dari Gemas dan ke Utara dari Kuala Lumpur.

  1. Gemas – KL Sentral – Butterworth
  2. Gemas – KL Sentral – Padang Besar
  3. Gemas – Butterworth – Padang Besar
  4. KL Sentral – Sungai Buloh – Ipoh

Jadual Perjalanan ETS

Laluan Jadual Perjalanan KTM Antara Bandar Terbaru 2018

Turut disertakan dsini adalah jadual perjalanan KTM antara bandar. Iaitu tren keretapi biasa KTM (bukan elektrik ETS) yang menghubungkan antara bandar-bandar di Malaysia.

  1. JB Sentral – Tumpat – JB Sentral
  2. JB Sentral – Pulau Sebang/Tampin – JB Sentral
  3. JB Sentral – Woodlandsw- JB Sentral

Jadual Perjalanan KTM Intercity

Maklumat Tambahan Untuk Makluman Anda

Konsesi Tiket ETS

KTMB menyediakan konsesi tiket untuk beberapa kelas pengguna seperti dibawah. Setiap daripada pengguna ini menikmati potongan harga tiket khas yang disediakan oleh KTMB.

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Anggota PDRM yang masih dalam perkhidmatan layak mendapat potongan harga 25% dari tambang perjalanan.
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – Anggota ATM yang masih dalam perkhidmatan layak mendapat potongan harga 25% dari tambang perjalanan.
  • Pesara kerajaan. Pesara yang telah berkhidmat dengan agensi kerajaan dan warganegara Malaysia layak mendapat potongan harga 40% dari tambang perjalanan.
  • Orang Kelainan Upaya. Orang-orang yang kurang upaya dan berdaftar dengan Persatuan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat layak mendapat potongan harga 50% dari tambang perjalanan.

Kad Pelajar KTMB

  • Untuk pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa/mahasiswi ( kolej/universiti).
  • KTM I-Card Hanya Boleh Digunakan untuk Perkhidmatan ETS dan Antarabandar Sahaja
  •  Yuran Pendaftaran RM 35.00 dan Pembayaran dibuat secara atas talian
  • Pelajar Berumur 12 Tahun & Ke Bawah Tidak Perlu Memohon KTM I-Card
  • Nikmati diskaun sehingga 40%

Kepada yang ingin memohon secara online sila layari mohon kad pelajar KTMB ini.

Booking Tiket ETS Online

Anda boleh membeli tiket ETS online dengan mudah menggunakan portal penempahan tiket online ini ktmb.com.my .