Last Updated on March 5, 2018 by azman
KTM Butterworth menyediakan perkhidmatan keretapi seperti berikut:
- Perkhidmatan keretapi ETS disediakan oleh KTMB bagi laluan Padang Besar – Gemas
- Perkhidmatan KTM Komuter sektor utara Butterworth – Padang Besar.
Topik
- Keretapi ETS KTM Butterworth & Jadual Perjalanan
- Cara Membeli Tiket ETS KTM Butterworth secara Online
- Harga Tiket ETS KTM Butterworth (Pergi dan Balik)
- Perkhidmatan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar
Perkhidmatan Keretapi ETS KTM Butterworth
Tiket keretapi ETS untuk perjalanan dari KTM Butterworth atau ke KTM Butterworth boleh dibeli secara online atau dikaunter yang disediakan.
Untuk pembelian tiket KTM online untuk kesemua destinasi ETS anda boleh melayari portal tempahan tiket Easybook.com .
Jadual Perjalanan ETS KTM Butterworth:
Untuk jadual perjalanan yang lengkap yang melibatkan KTM Butterworth sila muat turun jadual dibawah yang disediakan secara rasmi oleh pihak KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).
- Gemas – KL Sentral – Butterworth (PDF Format)
- Gemas – KL Sentral – Padang Besar (PDF Format)
- Gemas – Butterworth – Padang Besar (PDF Format)
Jika anda ingin memeriksa harga tiket ETS untuk perjalanan anda dan waktu perjalanan yang tersedia dengan mudah maka anda boleh melayari Easybook.com untuk mendapatkannya.
Cara Membeli Tiket ETS KTM Butterworth secara Online
Pada dasarnya, caranya adalah mudah yang melibatkan beberapa langkah sahaja.
Langkah 1: Pada muka hadapan laman web Easybook.com klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian. Anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk.
Langkah 2: Satu senarai jadual perjalanan ETS Gemas ke Padang Besar akan dihasilkan oleh portal pencarian Easybook.com. Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select Seats/Berths”.
Langkah 3: Pilih tempat duduk di coach yang menjadi pilihan anda.
Langkah 4 : Masukkan butir peribadi anda dan membuat pembayaran. Pilih kaedah pembayaran yang bersesuaian. Selesai.
Setelah selesai dan berjaya proses pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dari Easybook.com berserta dengan e-ticket KTM anda.
Untuk cara pembelian yang lebih terperinci langkah demi langkah anda boleh layari panduan yang kami sediakan disini.
Menyimpan / Mencetak E-Ticket
- Anda boleh sahaja menyimpan e-ticket dalam bentuk PDF ke dalam phone atau tablet anda. Dan ketika menaiki keretapi nanti.sila tunjukkan kepada pegawai KTM yang bertugas e-ticket ini melalui phone anda.
- Jika anda mahu, anda juga boleh mencetak E-ticket ini di atas kertas dan ditunjukkan kepada pegawai KTM di atas keretapi nanti apabila diminta kelak.
Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk menaiki keretapi KTM ETS.
Harga Tiket ETS KTM Butterworth
Jadual dibawah adalah harga tiket ETS semasa untuk perjalanan dari KTM Butterworth dan dari lain-lain stesen ke KTM Butterworth.
KTM Butterworth | Harga Tiket (Ringgit Malaysia RM) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Laluan Pergi atau Balik | Kelas | Dewasa | Warga Emas | Kanak-Kanak | OKU | Pelajar |
Butterworth – Bukit Mertajam | Gold | 10 | 9 | 9 | 9 | 10 |
Platinum | 11 | 10 | 10 | 10 | 10 | |
Butterworth – Parit Buntar | Gold | 14 | 11 | 11 | 11 | 12 |
Platinum | 16 | 12 | 12 | 12 | 13 | |
Butterworth – Taiping | Gold | 21 | 15 | 15 | 15 | 16 |
Platinum | 26 | 17 | 17 | 17 | 19 | |
Butterworth – Kuala Kangsar | Gold | 25 | 17 | 17 | 17 | 19 |
Platinum | 32 | 20 | 20 | 20 | 23 | |
Butterworth – Sungai Siput | Gold | 28 | 18 | 18 | 18 | 20 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Ipoh | Gold | 33 | 21 | 21 | 21 | 23 |
Platinum | 42 | 25 | 25 | 25 | 29 | |
Butterworth – Batu Gajah | Gold | 34 | 21 | 21 | 21 | 24 |
Platinum | 44 | 26 | 26 | 26 | 30 | |
Butterworth – Kampar | Gold | 37 | 23 | 23 | 23 | 26 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Tapah Road | Gold | 40 | 24 | 24 | 24 | 28 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Tanjung Malim | Gold | 42 | 29 | 33 | ||
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Sungai Buloh | Gold | 57 | 33 | 33 | 33 | 38 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Kuala Lumpur | Gold | 59 | 34 | 34 | 34 | 39 |
Platinum | 79 | 44 | 44 | 44 | 51 | |
Butterworth – KL Sentral | Gold | 59 | 34 | 34 | 34 | 39 |
Platinum | 79 | 44 | 44 | 44 | 51 | |
Butterworth – Bandar Tasek Selatan | Gold | 60 | 34 | 34 | 34 | 40 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Kajang | Gold | 63 | 36 | 41 | ||
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Seremban | Gold | 70 | 39 | 39 | 39 | 46 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Pulau Sebang / Tampin | Gold | 75 | 42 | 42 | 42 | 49 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Batang Melaka | Gold | 79 | 44 | 44 | 44 | 51 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
Butterworth – Gemas | Gold | 83 | 46 | 46 | 46 | 53 |
Platinum | _ | _ | _ | _ | _ | |
KTM Butterworth Laluan Pergi atau Balik | Kelas | Dewasa | Warga Emas | Kanak-Kanak | OKU | Pelajar |
Nota:
- Kanak-kanak didefinasikan oleh KTM sebagai berumur antara 4 tahun – 12 tahun.
- OKU: Telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Warga Malaysia Sahaja)
- Pelajar: KTMB i-Card Student (Pemegang Kad Sahaja). Mohon KTMB i-Card Student disini.
Beberapa Perkara Yang Perlu Diketahui Apabila Menempah Melalui Easybook.com
Tempah tiket ETS/KTMB kemana-mana destinasi pilihan anda melalui Easybook.com
EasyBook | |
---|---|
Kaedah Pembayaran | Kaedah Pembayaran Visa & Mastercard Paypal MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net) 7 Eleven, Mobile MOney, Web Cash dan Union Pay |
Fi Pemprosesan | Fi Pemprosesan Bergantung Kepada Cara Pembayaran Yang Anda Pilih: Visa & Mastercard = 0% Fi FPX (Perbankan Online Malaysia) = 2% Fi atau MRY1.30 Fi, dicaj yang mana lebih tinggi. 7 Eleven = 1% Fi + MYR 1 Caj Oleh 7 Eleven |
Boleh Memilih Tempat Duduk? | Boleh Memilih Tempat Duduk? Ya. Tempat duduk boleh dipilih. |
Mata Ganjaran | Ya. Easipoint. Mata Easipoint boleh digunakan untuk pembayaran tiket dimasa akan datang. |
Pembatalan/Refund Tiket? | Tidak dibenarkan setelah membeli di easybook.com. |
Website Mobile Friendly | Ya. Mudah menempah dengan layout penempahan lebih kemas dan mudah dikendalikan. |
Booking di EasyBook |
Perkhidmatan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar
Pada ketika ini terdapat 14 waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak KTMB untuk perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar dan Padang Besar ke Butterworth.
Pembelian tiket KTM komuter ini hanya boleh dibeli dikaunter tiket stesen KTM dan tiket KTM Komuter ini tidak dapat dibeli secara online.
Jadual Perjalanan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar:
Untuk mendapatkan jadual perjalanan terkini perkhidmatan komuter ini sila layari atau muat turun Jadual Perjalanan Komuter Sektor Utara yang disediakan oleh pihak KTMB.