Tiket Bas ke Singapore dari TBS

Terdapat pelbagai pilihan bas express untuk tiket bas ke Singapore dari TBS. Dan kesemua tiket bas ekspress ini boleh dibeli secara online di BusOnlineTicket.com

Pilihan Bas Express

  • Billion Star Express
  • Causeway Link Express
  • City Holidays Express
  • Eltabina Express
  • Five Stars Express
  • KKKL Express
  • Star Coach Express
  • Starmart Express
  • Super Nice Express (Grassland)
  • Transtar Express (Premium)

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas dari TBS ke Singapore ini bermula dari RM38.00 hingga ke SGD20.00

Drop-Off Point

Anda boleh memilih pelbagai lokasi drop-off point di Singapore seperti di Boon Lay Shopping Centre, Golden Mile Complex,  Katong V Mall, Kovan Hub, Lavender MRT, The Plaza (Beach Road) dan Woodlands Checkpoint.

Menukar Ke “Boarding Pass” di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Jika anda menaiki bas di TBS anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Caranya seperti berikut.

Setelah anda berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas pilihan anda, maka satu email pengesahan detail tiket akan di hantar kepada anda.

Mencetak E-Ticket atau Membayar RM1/Tiket

Cetakkan email ini. Dan semasa di TBS serahkan cetakan email ini ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yang terletak di tingkat 3 (tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas). Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Nota: Anda perlu membayar RM1/tiket jika anda tidak mencetak e-tiket anda. Caj ini dikenakan semasa membuat pertukaran”boarding pass” di kaunter pertukaran jika anda hanya menunjuk e-ticket anda melalui handphone.

Boarding Pass:

Berikut adalah contoh boarding pass dengan QR code yang akan anda terima setelah membuat pertukaran di kaunter E, F, G atau H.

contoh-boarding-pass-tbs

Semua maklumat akan tertera di boarding pass ini termasuk pintu berlepas. Contoh di atas ialah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk kemasukkan ke platform bas.

Booking Tiket Bas

Booking tiket bas anda dari TBS ke Singapore di BusOnlineTicket.com