Tiket ETS Online KTMB Dan Cara Membelinya

Beli tiket ETS online dan KTMB Intercity Online melalui portal tempahan tiket dibawah dan melalui portal eticket KTMB.

Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM / ETS Train Ticket Online Booking Anda Disini:-

  1. ktmb.com.my.

Dan jika anda memerlukan pengangkutan alternatif seperti bas express, sila layari Easybook.com untuk penempahan tiket bas secara online.

Cara Tempah Tiket ETS Train Online Malaysia

Ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal Portal Tiket KTM.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna di Portal Tiket KTM sebelum boleh membeli sebarang tiket di portal KTM ini. Setelah mendaftar anda boleh memulakan proses membeli tiket dengan “login” ke dalam menggunakan nama dan password yang telah direka.

Mulakan proses pembelian anda dengan menekan butang “Ticket Reservation” seperti imej dibawah.

KTM Portal Button Ticket Reservation

Setelah butang “Ticket Reservation” ditekan, maka satu paparan input terhasil. Masukkan tempat anda bertolak (origin), tempat anda hendak pergi (destination), tarikh perjalanan, serta pilihan waktu laluan dan jenis train (train) serta coach pilihan anda (coach). Contoh pengisiannya adalah seperti imej dibawah.

KTM Portal Maklumat Perjalanan

Setelah semuanya disi anda boleh klik pada butang “Add”. Maka satu paparan mengisi maklumat penumpang akan terhasil seperti imej dibawa. Anda boleh menempah tiket atas nama anda ataupun jika perlu memasukkan nama-nama lain anda boleh mengisi pada “New Passenger Name”.

Di paparan ini juga anda boleh memilih tempat duduk pilihan anda apabila butang “Seat” ditekan.

KTM Portal Passenger Detail

Setelah semuanya diisi maka contoh terhasil adalah seperti imej dibawah. Setelah anda pastikan semuanya telah betul maka boleh anda menekan butang “Continue” untuk proses seterusnya iaitu proses pembayaran.

KTM Portal Passenger Detail Lengkap

Paparan proses pembayaran akan terhasil seperti imej dibawah apabila anda selesai menekan butang “Continue”. Untuk makluman anda, portal KTMB menyediakan pelbagai cara pembayaran seperti Visa/Mastercard dan FPX online banking.

KTM Portal Payment

Setelah anda selesai membuat pembayaran maka satu eTicket akan dijana oleh sistem untuk anda cetak . Setiap eTicket yang dijana akan turut disimpan didalam sistem, maka anda boleh mengambilnya semula pada bila-bila masa apabila anda “login” kedalam portal KTMB.

Mencetak e-ticket

  1. Anda boleh memilih untuk mencetak tiket ETS yang anda terima di email.
  2. Atau hanya dengan menyimpan e-ticket anda yang berformat PDF didalam phone anda.

Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk anda menaiki kereta api ETS di stesen-stesen KTM.

No Telefon KTMB  / KTMB Contact Number

Ibu Pejabat
KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur Malaysia
Tel No : +603 22671200

  1. No Tel. Stesen KTMB / Station Contact No.

Perkara Perlu Diketahui Jika Menempah Melalui Portal Rasmi KTM

Jadual dibawah memberi sedikit maklumat berkenaan penempahan tiket KTM ETS secara online jika menggunakan Portal Rasmi KTMB

KTMB OnlineKTMB Online
Booking di KTMB Online
Kaedah PembayaranVisa & Mastercard

MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)

Maybank2u, BSN
Caj Pemprosesan Internet Banking
Tiada caj
Boleh Memilih Tempat Duduk?Ya. Tempat duduk boleh dipilih.
Mata GanjaranTiada
Pembatalan/Refund Tiket?Pembatalan/Refund Tiket?
Ya dibenarkan jika membeli di portal KTM. Jumlah refund kurang dari 100%. (Bergantung jarak hari waktu pembatalan ke tarikh tiket. Proses refund purata 1 bulan jika membeli menggunakan kredit kad)
Website Mobile FriendlyYa.

Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM / ETS Train Ticket Online Booking Anda Disini:-

  1. ktmb.com.my.

Pautan-Pautan Yang Berkaitan

Pengangkutan Alternatif Dengan Menaiki Bas Ekspress

Jika anda mendapati tiket ETS KTM yang anda cari sudah habis ditempah dan anda mencari pengangkutan alternatif seperti bas express maka layari portal tempahan tiket bas online popular Easybook.com

Melalui portal ini pelbagai destinasi boleh ditempah dengan mudah dan cepat dengan pelbagai pilihan bas-bas express popular.