Beli tiket ETS online dengan mudah dan cepat menggunakan portal penempahan tiket KTMB dari busonlineticket/train . Gunakan widget pencarian tiket keretapi ETS KTMB diatas untuk mendapatkan jadual perjalanan dan harga tiket ETS semasa.

Antara Laluan Popular Keretapi KTM ETS

Mengenai KTM Berhad

KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) adalah syarikat yang diperbadankan pada tahun 1992. Walaubagaimanapun ianya masih dibawah milik penuh kerajaan Malaysia. KTMB memperkenalkan pelbagai perkhidmatan keretapi di Malaysia iaitu termasuk KTM Komuter, KTM antara bandar dan KTM ETS.

KTM ETS adalah perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan oleh KTMB. Perkhidmatan ini menggunakan tren-tren moden yang menggunakan laluan berkembar dan beroperasi menggunakan tren elektrik. Tren ETS ini adalah perkhidmatan tren terlaju Malaysia pada masa ini dengan kelajuan yang mencecah 160km/j.

Stesen utama KTMB di Kuala Lumpur ialah di KL Sentral dan KTMB masih mengekalkan stesen dibangunan lama KTMB yang dikenali sebagai stesen Kuala Lumpur.

Jenis-Jenis Kemudahan Didalam Tren

Perkhidmatan tren ETS KTM beroperasi dilaluan diantara Padang Besar – Gemas. Laluan ini beroperasi menggunakan unit-unit tren elektrik yang bergerak diatas laluan berkembar elektrik.

Tren ETS KTM mampu bergerak sehingga kelajuan 160km/j (99b/j)

Kemudahan-kemudahan yang disediakan didalam tren-tren ETS ialah seperti F&B (makan & minum) coach dimana anda boleh membeli makanan dan minuman yang ditawarkan. Terdapat juga kemudahan LED TV didalam tren sebagai kemudahan KTM memaparkan maklumat-maklumat penting dan juga sebagai hiburan kepada penumpang.

Lain-lain kemudahan di dalam tren ialah kemudahan tandas, tempat meletak barang dan juga kemudahan infra mesra kepada penumpang OKU seperti tempat duduk khas.

Terdapat juga CCTV yang dipasang sebagai kemudahan tambahan kepada pihak KTMB sebagai alat bantuan untuk keselamatan penumpang-penumpang.

Cara Beli Tiket ETS Online

Membeli tiket ETS secara online adalah mudah dan cepat. Terdapat pelbagai platform yang tersedia yang boleh digunakan oleh pembeli. Selain pembelian di portal rasmi KTM terdapat pelbagai kemudahan platform online yang bertindak sebagai agen rasmi KTMB yang menjualnya secara online. Antaranya ialah:

BusOnlineTicket/Train

Ini merupakan antara portal popular penempahan tiket ETS online di Malaysia. Portal ini menyediakan kemudahan membeli tiket ETS dan menerima pelbagai cara bayaran seperti kredit kad, debit kad, PayPal, Seven Eleven (Kuala Lumpur sahaja.) dan beberapa cara lain.

Sebagai kemudahan kepada pengguna portal ini juga menyediakan kemudahan pembelian tiket bas secara online (Malaysia, Singapore) dan pembelian tiket feri secara online (destinasi terpilih).

Easybook.com

Ini juga merupakan antara portal popular penempahan tiket ETS online di Malaysia. Portal ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli tiket ETS online dengan mudah dengan penerimaan cara pembayaran yang pelbagai.

Antara yang menariknya portal ini adalah kerana, pada masa-masa tertentu mereka ada menawarkan diskaun dan tawaran istimewa sama ada kepada pengguna yang baru mendaftar di Easybook atau pengguna yang telah berdaftar lama dengan Easybook. Untuk mengetahui tawaran dan diskaun semasa yang ditawarkan (jika ada) sila layari halaman ini

Portal ini turut menawarkan penempahan tiket bas secara online (Malaysia, Singapore) dan perkhidmatan penempahan tiket feri secara online (destinasi terpilih).

Promosi 8% Diskaun di easybook.com untuk setiap pembelian tiket bas, keretapi dan feri. Gunakan promo kod: WELCOME2EB . Untuk pelanggan baru sahaja dan perlu mendaftar akaun di easybook.com sebelum membeli.

Jadual Perjalanan ETS Terbaru 2018

Berikut adalah jadual perjalanan ETS yang terbaru dan terkini untuk tahun 2018. Sila lawati halaman rasmi yang disediakan oleh pihak KTMB disini Jadual Perjalanan Tren ETS .

Anda juga boleh menggunakan pautan yang disediakan di bawah untuk memuat turun secara terus jadual-jadual perjalanan terkini yang melibatkan laluan diantara Padang Besar – Gemas.

  1. Gemas – KL Sentral – Butterworth
  2. Gemas – KL Sentral – Padang Besar
  3. Gemas – Butterworth – Padang Besar
  4. KL Sentral – Sungai Buloh – Ipoh

Stesen-Stesen KTM ETS

Pada masa sekarang perkidmatan ETS hanya beroperasi di sepanjang laluan Padang Besar – Gemas. Laluan ini menggunakan tren elektrik KTM yang beroperasi di landasan bekembar elektrik KTM.

Berikut adalah stesen-stesen KTM yang berada didalam laluan Padang Besar – Gemas dimana tren-tren ETS beroperasi.

  • KTM Padang Besar
  • KTM Arau
  • KTM Kodiang
  • KTM Anak Bukit
  • KTM Alor Setar
  • KTM Kobah
  • KTM Gurun
  • KTM Sungai Petani
  • KTM Tasek Gelugor
  • KTM Bukit Mertajam
  • KTM Simpang Ampat
  • KTM Nibong Tebal
  • KTM Parit Buntar
  • KTM Bagan Serai
  • KTM Kamunting
  • KTM Taiping
  • KTM Kuala Kangsar
  • KTM Sungai Siput
  • KTM Ipoh
  • KTM Batu Gajah
  • KTM Kampar
  • KTM Tapah Road
  • KTM Sungkai
  • KTM Slim River
  • KTM Behrang
  • KTM Tanjung Malim
  • KTM Kuala Kubu Bharu
  • KTM Rawang
  • KTM Sungai Buloh
  • KTM Kepong Sentral
  • KTM Kuala Lumpur
  • KTM KL Sentral
  • Bandar KTM Tasek Selatan
  • KTM Kajang
  • KTM Nilai
  • KTM Seremban
  • KTM Rembau
  • KTM Pulau Sebang / Padang Besar
  • KTM Batang Melaka
  • KTM Gemas.

Nota: Laluan KTM ke selatan dari Gemas ke Johor Bahru masih menggunakan tren KTM biasa. Laluan Gemas – Johor Bahru ini sedang dinaiktrafkan agar perkhidmatan ETS akan dapat beroperasi di masa akan datang.

Harga Tiket ETS dan KTM 2018

Harga tiket ETS adalah berbeza mengikut jenis tren yang dinaiki oleh penumpang. Terdapat 3 jenis kelas harga tiket yang bergantung kepada kelas perkhidmatan tren. Kelas-kelas harga adalah seperti berikut.

ETS Platinum

ETS Platinum adalah kelas tiket yang termahal ETS dibandingkan dengan dua kelas yang lain iaitu Gold dan Silver. Perbezaan ETS Platinum adalah kerana dengan menggunakan tren jenis ini tempoh perjalanan adalah lebih cepat kerana stesen-stesen yang akan disinggahi adalah kurang jika dibandingkan dengan kelas Gold dan Silver. Penumpang kelas platinum juga akan diberi snek percuma semasa perjalanan.

ETS Gold

Berbanding dengan ETS platinum harga tiket yang ditawarkan adalah lebih murah dibandingkan dengan ETS Platinum. Murahnya berbanding ETS Platinum adalah didalam sekitar 20% – 25% lebih murah. Dan laluan menggunakan tren ETS Gold akan berhenti distesen-stesen yang lebih banyak jika dibandingkan dengan ETS Platinum untuk sesuatu laluan perjalanan tren, menjadikan masa perjalanan adalah lebih sedikit berbanding ETS Platinum

ETS Silver

ETS Silver hanya ditawarkan di laluan KL – Ipoh. Ianya adalah yang termurah berbanding dengan ETS Gold dan ETS Platinum. Murahnya sekitar 30% dari ETS Gold. Sebagai contoh harga tiket ETS Gold dari KL ke Ipoh ialah RM36 manakala harga tiket ETS Silver bagi perjalanan yang sama ialah RM25. Dan masa perjalanan akan mengambil masa yang lebih sedikit dari ETS Gold kerana ia berhenti di semua stesen dilaluannya.

Untuk mendapatkan harga terkini untuk sebarang laluan pilihan anda diantara Padang Besar – Gemas, sila layari portal penempahan tiket ETS di busonlineticket/train

E-Tiket ETS KTM

  • Setelah pembelian tiket ets online anda berjaya, sama ada di portal busonlineticket/train atau di portal Easybook.com anda akan menerima e-ticket melalui email. E-ticket ETS yang diterima ini adalah dalam format PDF.
  • E-ticket yang anda terima ini adalah tiket ETS yang sah dan boleh terus dibawa semasa hari perlepasan.
  • Anda hanya perlu menyimpan e-ticket ini dalam phone anda dan tunjukkan kepada pegawai KTMB yang bertugas semasa hari berlepas.
  • Jika anda mahu, walaupun tidak kemestian anda boleh saja mencetak e-ticket ini. Mungkin ada pengguna yang mahu mencetaknya sebagai salinan, jika sesuatu berlaku pada e-ticket yang tersimpan didalam phone.
Easybook 8 percent discount

Baru di Easybook.com? Nikmati promosi diskaun 8% untuk setiap pengguna baru ketika mendaftar dan membeli tiket bas, keretapi dan feri secara online di portal ini. Klik disini.

Gunakan Diskaun Kod: WELCOME2EB