Tiket Keretapi Kuala Lumpur Ke JB Sentral

Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke JB Sentral memerlukan pembelian 2 tiket keretapi secara berasingan kerana tiada keretapi KTM terus dari KL ke JB Sentral.

Tiket yang diperlukan ialah 1 tiket keretapi ETS dari KL ke Gemas dan 1 lagi tiket keretapi KTM dari Gemas ke JB Sentral. Begitu juga sebaliknya jika anda dari JB Sentral dan menuju ke KL.

Tempah / Beli Tiket ETS Online Anda Disini:-

  1.  Easybook.com/train

Diagram Laluan Keretapi KTMB

Diagram 1 dibawah menunjukkan laluan keretapi KTMB dimana garisan oren daripada Padang Besar ke Gemas adalah laluan keretapi laju ETS. Keretapi ETS akan berhenti atau bermula di stesen Gemas. Manakala laluan di antara Gemas dan JB sentral pula adalah laluan keretapi diesel biasa KTM seperti di garisan hitam di diagram 1 dibawah.

Diagram 1KTM Route Laluan KTM KL ke JB dan JB ke KL

Terdapat 2 aliran keretapi.

  • Aliran pertama ialah keretapi diantara laluan KL dan Gemas. Keretapi di laluan ini adalah keretapi ETS yang berkelajuan sehingga 140km/jam.
  • Aliran kedua adalah keretapi diantara Gemas dan JB Sentral. Dilaluan ini keretapi yang digunakan ialah keretapi diesel biasa KTM.
  • Oleh yang demikian untuk menuju ke JB Sentral dari KL anda perlu membeli 2 tiket KTM. 1 tiket ETS untuk perjalanan dari KL ke Gemas dan tiket KTM kedua dari Gemas ke JB Sentral.
  • Sila rancang perjalanan anda dengan teliti dengan menggunakan jadual yang disediakan dibawah kerana anda perlu menunggu untuk jangkamasa yang tertentu di stesen Gemas untuk menaiki tren yang kedua. Masa menunggu ini bergantung kepada keretapi yang anda naiki semasa di permulaan perjalanan.

Jadual Perjalanan Keretapi KTM

Dari KL ke JB Sentral (Pertukaran keretapi kedua di Gemas)
Train No.Bertolak
KL
Tiba
Gemas
Train No.Bertolak
Gemas
Tiba
JB
KL Sentral Ke GemasGemas Ke JB Sentral
Train No.Bertolak
KL
Tiba
Gemas
Train No.Bertolak
Gemas
Tiba
JB
ETS 942523370155Train 4505140924
Train 2706391110
ETS 932111581415
ETS 942113121522Train 4116352040
ETS 942318272045Train 4321000110
  • Jika anda memilih untuk tiba di JB pada waktu pagi maka ETS 9425 yang bertolak dari KL pada pukul 11:37 PM boleh menjadi pilihan anda. Walaubagaimanapun waktu menunggu anda di stesen Gemas adalah lebih daripada 3 jam sebelum dapat menaiki keretapi yang seterusnya ke JB.
  • Tren ETS 9321 dan ETS 9421 adalah antara pilihan yang baik kerana dengan menaiki tren ini waktu menunggu anda di stesen Gemas adalah sekitar 1 – 2 jam sahaja sebelum menaiki tren seterusnya ke JB.
  • Dinasihatkan anda tidak menaiki tren ETS 9423 yang bertolak pada pukul 6:27PM kerana jarak masa ketika anda tiba di Gemas dan menaiki tren seterusnya ke JB adalah begitu singkat. Ditakuti jarak masa ini tidak mencukupi jika berlaku sebarang kelewatan pada tren awal semasa di dalam perjalanan.
Dari KL ke JB Sentral (Pertukaran keretapi kedua di Gemas)
Train No.Bertolak
KL
Tiba
Gemas
Train No.Bertolak
Gemas
Tiba
JB
KL Sentral Ke GemasGemas Ke JB Sentral
Train No.Bertolak
KL
Tiba
Gemas
Train No.Bertolak
Gemas
Tiba
JB
ETS 942523370155Train 4505140924
Train 2706391110
ETS 932111581415
ETS 942113121522Train 4116352040
ETS 942318272045Train 4321000110
  • Daripada jadual diatas, jika anda inginkan tiba di KL pada waktu pagi maka tren 44 yang bertolak dari JB pada pukul 10:50 PM boleh menjadi pilihan anda. Walaubagaimanapun anda perlu menunggu di stesen Gemas lebih daripada 4 jam sebelum dapat menaiki tren seterusnya ke KL.
  • Untuk waktu menunggu yang lebih singkat di stesen Gemas, Train 40 dan 42 adalah pilihan yang lebih baik. Sila perhatikan dengan teliti pilihan tren anda agar anda mempunyai jarak masa yang mencukupi untuk menaiki tren seterusnya ke KL.
  • Pilihan yang lain adalah dengan menaiki Train 42 yang bertolak pada pukul 4:00PM. Waktu menunggu di stesen Gemas adalah sekitar 1 jam sebelum menaiki tren seterusnya ke KL dan anda boleh tiba di KL sebelum tengah malam.

Tempah / Beli Tiket ETS Online Anda Disini:-

  1.  Easybook.com/train

Pilihan Alternatif Dengan Menaiki Bas Express

Anda juga boleh memilih untuk menaiki bas express untuk perjalanan dari KL ke JB atau JB ke KL sebagai pilihan alternatif. Tempahan tiket bas secara online turut boleh di beli di Easybook.com

Jangkaan tempoh masa perjalanan dengan menggunakan bas express adalah sekitar 4jam 30min*  dengan keadaan trafik yang normal.

*Jangkaan tempoh perjalanan.

 

Easybook 8 percent discount

Baru di Easybook.com? Nikmati promosi diskaun 8% untuk setiap pengguna baru ketika mendaftar dan membeli tiket bas, keretapi dan feri secara online di portal ini. Klik disini.

Gunakan Diskaun Kod: WELCOME2EB